Saiz Teks: A A A

100 wartawan berkumpul serah petisyen pada ketua polis

PULAU PINANG 2 Mac: Kira-kira 100 wartawan berkumpul di luar ibu pejabat polis Pulau Pinang semalam menuntut supaya tindakan segera diambil berhubung kes dua rakan mereka cedera sewaktu perhimpunan anti-Lynas Ahad lalu.

Para wartawan media arus perdana dan media alternatif itu berpakaian hitam sebagai menyatakan kesedihan mereka berhubung insiden yang menimpa rakan mereka dari akhbar Kwong Wah Jit Poh – Adam Chew dan Lee Hong Chun.

Anggota cawangan khas berada di kalangan wartawan, tetapi polis membenarkan perhimpunan aman selama 30 minit itu, lapor Malaysiakini.

Adam dan Lee terperangkap dalam kekecohan yang berlaku selepas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyampaikan ucapannya di perhimpunan itu di Dataran Pemidato.

Kumpulan wartawan berkenaan berhimpun untuk menyerahkan petisyen yang ditandatangani oleh 249 petugas media daripada pelbagai organisasi media, kepada Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaacob.

Ayub, bagaimanapun, tiada di pejabatnya kerana ada tugas rasmi di Kuala Lumpur, dan memorandum satu halaman itu diterima oleh seorang wakil.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=27652

Posted by on Mar 2 2012. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry