1,500 AMK Wilayah jadi sukarelawan Black 505

KUALA LUMPUR 19 JUN: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Wilayah Persekutuan akan menggerakkan 1,500 anggotanya menjadi sukarelawan pada himpunan Black 505, di Padang Merbok, 22 Jun ini.

Ketua AMK Wilayah Persekutuan, Hamdi Said berkata, sebagai ‘tuan rumah’, anggotanya akan terlibat secara langsung terutamanya mobilisasi anak muda di Lembah Klang.

logo-amk“AMK Wilayah turut bekerjasama dengan SAMM Wilayah memobilisasi anak muda termasuk program ‘countdown’ pada 21 Jun, malam sebelum Himpunan Black 505.

“Himpunan 22 Jun di Padang Merbok telah dipromosi dalam setiap program-program Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur. Mobilisasi anak muda turut dibuat melalui jentera penerangan,” katanya.

Tambah Hamdi, isu penipuan pilihan raya terkesan secara langsung kepada KEADILAN Wilayah Persekutuan termasuk di Parlimen Setiawangsa.

“Kami menyeru semua Pacaba (Ejen Undi, Kiraan & Barong) dan sukarelawan Pakatan Rakyat di Wilayah Persekutuan sama-sama hadir ke Padang Merbok Sabtu ini bagi menyatakan bantahan,” kata Hamdi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=53513

Posted by on Jun 19 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE