1MDB sumbang separuh daripada sitaan rasuah di US

Kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyumbangkan hampir separuh daripada kutipan hasil rasuah bernilai USD3.5 bilion yang dirampas oleh kerajaan Amerika Syarikat, kata Peguam Negara AS, Jeff Sessions.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Global Forum on Asset Recovery di Washington DC semalam.

“Hampir separuh daripada USD3.5 bilion dalam kutipan rasuah yang telah kita tahan adalah berkaitan dengan hanya satu tindakan penguatkuasaan.

“Tindakan itu berkaitan dengan dana kekayaan negara Malaysia yang dikenali sebagai 1MDB,” kata Sessions.

Menurutnya, siasatan mendapati dana 1MDB digunakan untuk “perbelanjaan mewah” seperti USD200 juta untuk hartanah di California Selatan dan New York, USD130 juta dalam karya seni, USD100 juta untuk muzik dan kapal layar USD265 juta.

“Ini kleptokrasi paling teruk.

“Hari ini, Jabatan Keadilan AS (DOJ) sedang berusaha untuk memberi keadilan kepada mangsa-mangsa skim ini,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan pengalamannya selama 14 tahun sebagai pendakwa, bukti terbaik dalam kes rasuah adalah rekod-rekod seperti rekod bank, rekod penerbangan pesawat dan rekod telefon.

Katanya, keengganan berkongsi maklumat tersebut dengan sempurna dalam siasatan antara negara menyebabkan “keadilan tidak dapat dilaksanakan” dalam banyak kes.

“Itulah sebabnya kita semua mesti berbuat lebih banyak untuk mempercepat permintaan Bantuan Perundangan Bersama (MLA).

“Permintaan ini memastikan bahawa pendakwa mempunyai bukti bahawa mereka perlu membawa penjenayah ke muka pengadilan,” katanya.

DOJ telah memfailkan tiga saman pelucuthakan sivil untuk merampas aset bernilai USD1.7 bilion yang didakwa dibeli dengan dana yang disonglap dari 1MDB.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70825

Posted by on Dec 5 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE