205 ahli Umno sertai KEADILAN Tenom (Sabah)

Berikutan kecewa dengan pentadbiran Umno BN yang tidak mampu membawa perubahan kepada pembangunan ekonomi dan taraf sosial rakyat Sabah, 205 penyokong tegar regim itu akhirnya memilih untuk menyertai KEADILAN.

Menurut Ketua Cabang Tenom, Datuk Halik Zaman, mencatatkan paling tinggi penyertaan itu adalah di Kampung Entabuan Lama, Tenom seramai 160. Ekoran itu Ranting baru diwujudkan di kampung tersebut dengan melantik Jonny Lamanggit selaku Ketua Ranting.

Manakala seramai 25 ahli Umno Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap dilaporkan turut menyertai KEADILAN. Ketua Ranting kampung itu dalam ucapan ringkasnya semasa bersama ahli baru itu menyuarakan ketidakpuasan dengan Umno BN yang mengabaikan kebajikan rakyat.

Sementara itu, kata Halik, 20 ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) dari Kampung Pengalat dalam DUN Melalap juga turut menyertai KEADILAN kerana merasakan mereka sudah tiada masa depan bersama Umno BN yang dipimpin Ketua Menterinya, Datuk Seri Musa Aman yang dianggap mereka sebagai diktator.

Menurut Ketua Rantingnya, Patrick Samuel, penduduk kampung Pengalat Melalap pada mulanya agak keberatan untuk menyertai KEADILAN kerana mereka telah di war-warkan kononnya mana-mana penduduk kampung yang menyertai pembangkang, anak-anak mereka akan digugurkan dari sekolah, bantuan persekolahan akan disekat dan sebagainya.

Namun setelah hari demi hari katanya, mereka lihat begitu ramai penduduk kampung di sekitar mereka berani menyertai KEADILAN dan akhirnya tampil memberanikan diri untuk menyertai parti itu demi masa hadapan anak cucu mereka daripada tenggelam sekiranya masih lagi di jajah oleh regim BN.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43591

Posted by on Jan 21 2013. Filed under AKTIVITI & CERAMAH. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE