25 bilik gerakan Indera Mahkota diaktif, isu tanah jadi tumpuan

(Aliff Fikri)

PAHANG 13 ARIL: Sebanyak 25 bilik gerakan diaktifkan sebagai markas operasi bagi memastikan KEADILAN mempertahan kerusi Parlimen Indera Mahkota, kata Datuk Fauzi Abdul Rahman.

Calon KEADILAN Parlimen Indera Mahkota itu, berkata bilik gerakan dengan kerjasama jentera PAS mendapat sambutan cukup hebat dari masyarakat.

“Kita aktifkan 12 bilik gerakan di DUN Beserah diketuai Timbalan Yang Dipertua PAS Indera Mahkota, Andasura Rabu dan 13 di DUN Semambu, diterajui Pemangku KEADILAN Cabang Indera Mahkota, Lee Chean Chung.

image“Setakat ini, kita di peringkat penyusunan strategi, bagaimana untuk pastikan gerak kerja lebih efektif dan diterima pengundi.

“Dua anak muda yang bakal dicalonkan di dua DUN bawah Parlimen Indera Mahkota, Chean Chung dan Andasura banyak membantu kempen saya.

“Mereka mengadakan pertemuan, mengedar risalah dan berceramah tiap-tiap malam,” kata Pengerusi Perhubungan KEADILAN Pahang itu kepada Keadilan Daily.

Pengerusi Kor Bekas Anggota Tentera/Perajurit (Kobat) KEADILAN Pahang itu juga yakin KEADILAN melalui sokongan rakyat, bakal mempertahan kerusi itu.

Fauzi berkata, isu yang menjadi masalah pengundi Indera Mahkota, antara lain ialah berkaitan tanah dan loji radioaktif di Lynas.

“Isu tempatan ialah Lynas dan beberapa isu manipulasi tanah yang didalangi Umno BN melibatkan 2,000 ke 3,000 ekar untuk diserah kepada syarikat dan pemodal tertentu.

“Isu lain pula berkisar soal keperluan asas penduduk seperti kenaikan harga barang dan harga minyak. Kita akan perjuangkan untuk membantu rakyat supaya mereka menikmati keselesaan hidup,” katanya.

Pada PRU 12, KEADILAN yang diwakili Azan Ismail menewaskan calon Umno BN, Salamon Ali Rizal dengan mendapat 19,823 undi manakala majoriti pula 1,027 undi.

(FZL)

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50177

Posted by on Apr 13 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google