37 syarikat GLC tidak bayar dividen

 

(Oleh: Nabihah Hamid)
KUALA LUMPUR 31 Okt : Sebanyak 37 daripada 47 Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak membayar dividen kepada kerajaan berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan baru-baru ini.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, terdapat syarikat yang mencatat keuntungan besar selama 3 tahun berturut-turut namun tidak berbuat demikian.

“Malaysian Biotechnology Corporation¬† mencatatkan keuntungan selepas cukai bagi tempoh 3 tahun berturut-turut, namun tidak membuat bayaran dividen tanpa menyatakan sebab- sebabnya,” ujarnya.

Menurut Dzulkifli, berdasarkan laporan Audit, 8 syarikat lain yang telah memperolehi keuntungan berjumlah RM1,413.15 juta pada tahun 2009 tidak membayar dividen kepada Kerajaan.

Antaranya syarikat Pembinaan BLT Sdn. Bhd., Sarawak Hidro Sdn. Bhd., Sepang International Circuit Sdn. Bhd., Khazanah Nasional Berhad dan Multimedia Development Corporation Sdn. Bhd.

Menurutnya lagi, di antara 37 syarikat yang tidak membayar dividen itu, 6 daripadanya dilapor mengalami kerugian, tetapi membayar bonus sehingga 3 bulan gaji kepada kakitangannya.

“Antara syarikat yang tidak membayar dividen dan yang melaporkan mengalami kerugian tetapi membayar bonus 3 bulan gaji itu termasuk Prasarana dan IWK,” katanya pada sidang media di Dewan Rakyat di bangunan Parlimen.

Timbalan Menteri Kewangan bagaimanapun gagal menjawab pertanyaan yang dibangkitkan berhubung kewajaran kerajaan membuat pelaburan dalam satu sektor sahaja.

Ini berikutan soalan asalnya yang meminta Menteri Kewangan menyatakan kedudukan terkini tentang prestasi pelbagai GLC yang telah mengalami program tranformasi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=22379

Posted by on Oct 31 2011. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google