40% kekal miskin bukti Umno gagal bela Melayu – Anwar

Norutul Ilham

 

CHERAS 11 APRIL: Biarpun Umno mendabik dada kononnya mempertahan hak Bumiputera tetapi fakta menunjukkan 40 peratus gaji bawah RM1,400 terdiri daripada orang Melayu.

Walaupun 56 tahun memerintah, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Umno
BN gagal membela nasib orang Melayu sekaligus membuktikan kegagalan
pentadbiran mereka.

“Majoriti gaji RM1,400 ke bawah, orang Melayu tapi Umno cakap: Hidup
Melayu! Tapi, Melayu Umno yang kaya. Dapat saham, permit teksi, dapat
balak, tanah,” katanya.

Ketua Umum KEADILAN itu berucap demikian depan lebih 5,000 orang pada ceramah di padang bola di Jalan Jujur, Bandar Tun Razak malam tadi.

BHf_1riCUAEnmD7Sebaliknya, Anwar berkata, kroni Umno mewah, sekaligus mewujudkan jurang perbezaan ketara berbanding rakyat biasa.

“Syed Mohktar RM10 bilion, Mokhzani Mahathir RM2.2 bilion, Mirzan Mahathir RM2.9 bilion, adik Najib juga berbilion, Taib Mahmud puluh bilion. Rakyat? RM2,000. Maknanya, miskin,” katanya.

Beliau berkata, pemimpin Umno juga tergamak menipu dan keadaan sebenar negara dengan menyorokkan keburukan hingga akhirnya masalah rakyat tidak selesai.

“Tanya pemimpin Umno BN, Harga macam mana? Jawabnya terkawal. Pendapatan rakyat? Rakyat semua bahagia, Rasuah? Sikit sahaja,” katanya, sinis.

“Inilah pemimpin Umno, tidak faham derita rakyat. Siapa tak tahu negeri ini kaya? Hasil minyak cecah RM80 bilion setahun tapi pendapatan di tahap lama,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=49922

Posted by on Apr 11 2013. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google