40,000 rakyat Pahang bangkit lawan penipuan PRU

(Oleh Aliff Fikri)

KUANTAN 15 MEI: Hampir 40,000 rakyat Pahang bangkit melawan penipuan pilihan raya pada Himpunan Tolak Penipuan PRU 13 (Black 505) bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di perkarangan Pejabat KEADILAN Pahang, Jalan Beserah, Kuantan malam tadi.

KuantanHimpunan itu asalnya dijadual berlangsung di Padang Bola Mahkota Aman, Jalan Gambang, namun terpaksa ditukar di saat akhir akibat keengganan polis dan Majlis Perbandaran Kuantan membenarkan himpunan di situ.

Ini menyebabkan lokasi ditukar lebih 20 kilometer dari tempat asal.

Ia langsung tidak mematahkan semangat rakyat untuk mendengar amanat dan penjelasan pimpinan KEADILAN dan Pakatan Rakyat berhubung penipuan serta cubaan Umno BN mengalihkan isu tersebut dengan meniup sentimen perkauman.

Suasana cukup meriah apabila deretan gerai makanan, gerai jualan buku dan akhbar, warung NGO dan busana pro-perubahan menjadi perhatian pengunjung pelbagai kaum dan lapisan peringkat umur.

Laluan ke tempat himpunan turut sesak, sehingga ramai di antara penyokong terpaksa meletakkan kenderaan mereka di Tanah Putih, iaitu hampir enam kilometer dari lokasi himpunan.

NjaibMereka memakai t-shirt hitam, antaranya bertulis ‘Kami Semua Anak Bangsa Malaysia’, ‘Hentikan Perkauman’, ‘Demokrasi Sudah Mati’.

Ada juga meletakkan poster pimpinan Pakatan di cermin kereta dan menggantung bendera di keliling motorsikal.

Ceramah dimulakan pada jam 9 malam dan antara yang berucap adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semambu, Lee Chean Chun; Adun Teruntum, Sim Chong Siang; Ahli Jawatankuasa Wanita KEADILAN, Felicia Ling; Timbalan Pengerusi KEADILAN Pahang, Ahmad Nizam Hamid dan Ketua Serikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail.

Diikuti Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Pengerusi KEADILAN Pahang, Datuk Fauzi Rahman; Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa; Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli dan diakhiri Anwar dengan pidato penuh bertenaga.

Majlis diserikan dengan bacaan puisi bertajuk ‘Ibu Segala Tipu’ oleh Sasterawan Rakyat, Datuk A Samad Said dan disudahi dengan nyanyian lagu kebangsaan ‘Negaraku’ serta bacaan doa oleh Pengerusi PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Himpunan yang dipengerusikan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul itu berjaya memperoleh kutipan derma orang ramai sebanyak RM13,000.

Malam ini, satu lagi himpunan sama akan berlangsung di Johor Bahru.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52099

Posted by on May 15 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google