50,000 aktivis R berjalan dari KLCC tuntut royalti

KOTA BHARU 11 Jan: Kira-kira 50,000 aktivis royalti dari lima negeri pengeluar minyak menyertai Walk For Royalty (W4-R) pada Sabtu ini bermula dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) ke Stadium Merdeka.

Perhimpunan di KLCC itu akan bermula jam 11 pagi sebelum bergerak ke Stadium Merdeka dengan berjalan kaki, 45 minit kemudian.

Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R), Nazri Deraman berkata, lebih 22,000 aktivis datang dari Kelantan.

Manakala selebihnya dari Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak. Mereka akan memakai baju berlogo R dan berwarna merah.

“Kami akan pastikan W4-R berjalan secara aman tanpa diadakan perarakan. Kami akan berjalan kaki ke Stadium Merdeka bagi menyertai Perhimpunan Kebangkitan Rakyat.

“R menghormati segala arahan polis supaya tidak diadakan perarakan atau demontrasi di sepanjang laluan dari KLCC ke stadium,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Harakahdaily melaporkan R akan menyerah memorandum kepada Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Sidek Hassan di KLCC kira-kira jam 2.30 petang, hari ini.

Nazri juga berkata, rombongan Cyling For Royalty (C4-R) sekarang berada di Bentong Pahang dan acara pelepasan dari Greenwood ke KLCC diadakan jam 8 pagi.
Katanya, orang ramai dijemput hadir pada program berkenaan bagi memberi sokongan kepada perjuangan anak-anak muda dari Kelantan menuntut royalti.

C4-R berlepas dari Kota Bharu 1 Januari lalu disertai 10 anak muda, diketuai Jeming Hassan. Mereka mengayuh basikal sejauh lebih 600 km merentasi Terengganu dan Pahang.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42828

Posted by on Jan 11 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google