6 Mei, Pakatan tubuh j/kuasa khas siasat aliran wang haram

(Oleh Sidiqin Omar)

KUALA LUMPUR 18 APRIL: Sebuah jawatankuasa khas mengenai aliran wang haram yang keluar dari negara ini akan ditubuhkan sebaik sahaja Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menyatakan komitmen demikian pada ‘Forum Memanifestasikan Harapan Rakyat: Satu Perbualan Bersama’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor malam tadi.

“Sebaik Pakatan Rakyat menang pada 6 Mei 2013, kita akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat aliran wang haram yang keluar dari negara ini,” katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.

Tegas Anwar, laporan badan kewangan Global Financial Integrity (GFI) mengenai aliran wang haram yang keluar dari negara ini berjumlah sehingga USD 40 bilion gagal dikesan ‘radar’ pemerhati kewangan.

“Ini tuduhan serius terhadap negara. Saya telah meminta Menteri Kewangan di Parlimen dan Bank Negara Malaysia melakukan siasatan rapi.

“Apa jawapannya? Jawabnya – jumlah (aliran wang haram keluar) tidak sebanyak itu,” kata Anwar memaklumkan jawapan Menteri Kewangan kepada soalannya di Parlimen.

“Ini kenyataan tak bertanggungjawab. Mereka tutup kedua belah mata dan tidak memberikan sebarang reaksi,” katanya menjawab soalan moderator, Dr Ahmad Farouk Musa.

“Lupakan dahulu tentang Manifesto BN. Jawab dan pertahankan apa yang terjadi tentang aliran wang haram seperti yang dilapor GFI ini,” tegas Anwar.

Dalam pada itu, beliau turut berpandangan, fenomena ‘Arab Spring’ dan ‘Occupy Wall Street’ perlu diambil pengajaran kerana ia berhubung langsung dengan penyalahgunaan dana negara, dasar kronisme dan pengagihan sumber negara di kalangan elit politik.

“Ia bercanggah dengan kepentingan rakyat terbanyak di negara tersebut. Ia anti-rakyat dan kita mesti belajar dari kemarahan dan kesalahan. Ia (dasar tersebut) tidak boleh dipertahankan,” tegasnya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50668

Posted by on Apr 18 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google