70% Parlimen KEADILAN bertanding sedia penuh gempur PRU 13

(Oleh Arif Juhani)

KUALA LUMPUR 13 APRIL: 70 peratus kawasan Parlimen yang ditandingi KEADILAN memiliki persediaan penuh dari sudut jentera parti dan program penerangan, kata Ketua Sekretariat Pilihan Raya KEADILAN, Zakaria Abdul Hamid.

Katanya, keputusan itu diperoleh selepas meneliti hasil audit membabitkan semua kawasan Parlimen yang bertanding.

ZAKARIA“Keputusan audit yang berakhir pada 7 April lalu amat memuaskan dan kita dapati hanya 30 peratus sahaja kawasan yang dilabel sederhana boleh menang.

“Bagi kawasan ini, KEADILAN menumpukan untuk mengadakan lebih banyak program penerangan dengan menjemput pimpinan pusat hadir pada ceramah umum, manakala pimpinan kawasan pula memberi ceramah kelompok,” jelas Zakaria kepada Keadilan Daily.

Menurut calon Parlimen Bera itu, keputusan audit juga menunjukkan persiapan yang dilakukan kebanyakan bilik gerakan lebih baik berbanding PRU 12.

“Secara keseluruhan, KEADILAN sudah bersiap sedia untuk menggempur PRU 13,” kata Zakaria. – NS

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50214

Posted by on Apr 13 2013. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google