Kerajaan Kelantan tidak matang

Kerajaan negeri Kelantan tidak sepatutnya mengheret rakyat untuk menyertai himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Tindakan kerajaan negeri yang mengumumkan cuti peristiwa semata-mata untuk menggalakkan rakyat menyertai himpunan tersebut bukan sahaja tidak masuk akal malah boleh menjejaskan produktiviti kerajaan negeri.

Sebuah kerajaan tidak seharusnya dilibatkan untuk sesuatu himpunan berunsur politik.

Umum mengetahui himpunan tersebut menarik penyertaan beberapa parti politik pembangkang, justeru mengheret rakyat demi kepentingan politik mereka adalah sesuatu yang dangkal.

Tambahan lagi kerajaan Pakatan Harapan sudah menyatakan dengan tegas bahawa Malaysia tidak akan meratifikasi ICERD.

Sehubungan itu segala bentuk himpunan bagi membantah ICERD hanyalah kerja sia-sia dan tidak terlebih dari menyusahkan rakyat disamping membina persepsi negatif terhadap terhadap kerajaan.

Saya menyeru Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob untuk menarik balik cuti tersebut dan berhenti mempergunakan rakyat Kelantan untuk tujuan berpolitik.

Sekian.
Syed Badli Shah Syed Osman
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72664

Posted by on Dec 6 2018. Filed under KENYATAAN MEDIA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE