Anwar: M’sia tak akan bertolak ansur dengan Goldman

Malaysia tidak akan bertolak ansur dengan firma pelaburan global Goldman Sachs Group Inc berhubung pemulangan semula keuntungan yang dikaut daripada syarikat pelaburan negara, 1MDB, kata Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bakal perdana menteri itu dalam wawancara bersama Bloomberg berkata Goldman harus bertanggungjawab ke atas urusniaga mereka dengan 1MDB.

“Saya menyokong pendirian kerajaan sekarang. Kita tak akan bertolak ansur. Mereka bukan sahaja ‘mencuri’ duit itu menerusi komisen tetapi juga ‘membantu’ merosakkan ekonomi dan keyakinan terhadap sistem,” kata Anwar dalam wawancara itu.

Sementara itu, Fox Business melaporkan bahawa skandal itu boleh menyebabkan Goldman kerugian kira-kira AS$10 bilion.

“Pegawai atasan Goldman percaya pendapatan setahun mereka mungkin lesap kerana skandal itu,” laporan Fox Business memetik seorang eksekutif kanan Wall Street yang mempunyai hubungan dengan eksekutif kanan Goldman.

Goldman juga bakal berdepan dengan denda sivil oleh pihak kawal selia AS yang boleh menyebabkan pembayaran akhir melebihi AS$10 bilion.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Goldman Sachs Inc, David Solomon memohon maaf kepada rakyat Malaysia berhubung peranan bekas pegawainya, Tim Leissner dalam skandal 1MDB.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72927

Posted by on Feb 14 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE