ABIM gesa hindari qazaf melalui sebaran video

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa orang ramai agar menjauhi jenayah qazaf dengan tidak menyebarkan sebarang video yang cuba mengaibkan mana-mana individu tanpa kesaksian empat individu.

Gesaan itu dibuat susulan penyebaran “video kontroversi yang belum dikenal pasti kebenarannya di alam maya”.

“ABIM dengan tegas menyeru semua pihak dan seluruh rakyat Malaysia agar tidak menyebarkan video berkenaan untuk menghindari terjebak dalam jenayah qazaf, yang dikenakan ke atas mana-mana tuduhan zina ataupun liwat tanpa kesaksian empat orang yang adil.

“Amaran keras terhadap perbuatan sedemikian telah ditegaskan dalam Islam.

“Hikmahnya untuk mendidik umat sentiasa saling membela maruah dan harga diri seseorang daripada sebarang fitnah atau pun jenayah qazaf mempunyai saksi yang sangat berat terhadap kesaksian penuduhnya,” kenyatan Setiausaha Agung ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz dipetik.

ABIM turut menyeru rakyat Malaysia agar menolak gaya politik begini kerana ia hanya akan merosakkan moral masyarakat.

Katanya, Malaysia Baharu harus berasaskan kepada praktik politik matang yang mementingkan realisasi gagasan idealisme untuk dimanfaatkan oleh rakyat.

“Perbuatan menyebarkan sebarang video ataupun gambar perlu dielakkan sama sekali agar umat Islam tidak terjerumus dalam amalan keji yang hanya bertujuan untuk menjatuhkan air muka seseorang individu.

“Dalam era kecanggihan dunia kini, peringatan mengenai jenayah qazaf tetap relevan untuk melindungi maruah mana-mana individu daripada menjadi mangsa pihak tertentu memanipulasi penggunaan aplikasi teknologi terkini,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73571

Posted by on Jun 12 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE