ADUN sambut baik subsidi lesen motosikal belia

Penambahan peruntukan RM42.5 juta bagi program Skim Peduli Sihat dan RM62 juta bagi program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dalam Belanjawan Selangor 2020 bakal memberi impak yang besar kepada rakyat Selangor.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar menyifatkan bantuan itu satu langkah positif yang merangkumi semua peringkat, antaranya warga emas, belia, dan juga orang kelainan upaya (OKU).

“Rakyat banyak tertarik dengan Skim Peduli Sihat dan juga program KISS. Apabila menteri besar umum ada penambahan daripada segi peruntukan dan penambahan penerima itu saya kira kesannya cukup besar bagi rakyat.

“Saya berharap Belanjawan 2020 ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan rakyat,” katanya selepas pembentangan Belanjawan Negeri 2020 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, 1 November lalu.

Beliau berkata keprihatinan kerajaan negeri terhadap ekonomi gig diserlahkan melalui inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) yang memperuntukkan subsidi sebanyak RM350 seorang bagi belia yang mengambil lesen motor.

Menteri Besar, Amirudin Shari dalam pembentangan belanjawan berkata peruntukan RM1 juta bagi inisiatif RIDE bakal memberi manfaat kepada hampir 3,000 anak muda seluruh Selangor terutamanya golongan miskin bandar.

Manakala, bagi program Skim Peduli Sihat kerajaan negeri bersetuju menambah bilangan penerima sebanyak 20,000 orang lagi penerima menjadikan jumlah penerima sebanyak 85,000 berbanding hanya 65,000 orang sahaja.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74234

Posted by on Nov 5 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE