‘Afidavit bayaran RM9.5 juta rosakkan reputasi Shafee’

Bukti terbaru yang menunjukkan Datuk Seri Najib Razak mengupah peguam persendirian Tan Sri Shafee Abdullah bagi memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan dalam Fitnah II merosakkan reputasi Shafee.

Anwar yang menerima satu afidavit baru yang mengesahkan perkara tersebut daripada pihak peguam negara pagi ini kesal dengan tindakan bekas perdana menteri itu.

“Pelantikan seorang pendakwa raya bukanlah amalan biasa bagi peguam negara, dan lebih ganjil lagi bila yang dilantik itu seorang kenalan rapat Datuk Seri Najib, yang terlibat secara material di dalam kes tersebut.

“Tan Sri Shafee juga menjadi saksi kejadian konspirasi terhadap saya yang berlaku di dalam kehadiran Datuk Seri Najib, yang membuatkan kedua-dua pihak ini berkemungkinan menjadi saksi.

“Bila masa Tan Sri Shafee telah menerima RM 9.5 juta dari akaun peribadi Datuk Seri Najib sewaktu beliau bertugas sebagai pendakwa raya dalam rayuan kes saya menghancurkan kredibiliti beliau sebagai seorang agen Jabatan Peguam Negara yang tidak berat sebelah,” kata Anwar.

Pejabat Peguam Negara (AGC) hari ini dilaporkan menyerahkan “maklumat baru” kepada Mahkamah Rayuan yang membuktikan bahawa Najib yang merupakan perdana menteri pada ketika membayar RM9.5 juta kepada Shafee antara tahun 2013 dan 2014.

Bukti baru itu diserahkan kepada pegawai petugas khas peguam negara dalam suatu afidavit yang turut memperincikan urus niaga transaksi bank antara akaun milik Najib dan Shafee.

Ia turut menyertakan dua salinan cek oleh Najib bertarikh 11 September 2013 dan 14 Februari 2014 kepada Shafee masing-masing sebanyak RM4.3 juta dan RM5.2 juta.

Afidavit itu dibuat sebagai maklum balas kepada rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan mengenai kes Fitnah II yang telah mendapat pengampunan diraja.

Pendedahan ini berlaku sewaktu Najib didedahkan menelefon Anwar pada malam keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 dan merayu Anwar untuk membantu BN kekal berkuasa.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72287

Posted by on Sep 6 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE