Afif persoal bantuan banjir tertera gambar Najib

Exco Pulau Pinang merangkap Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin mempersoalkan bantuan bencana banjir ke negeri itu yang terpampang gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, beliau tidak mempersoalkan bantuan tersebut.

Namun katanya, bantuan daripada kerajaan seharusnya disalurkan menerusi pihak seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan bukan menerusi NGO seperti Kelab Putera 1Malaysia (KP1M).

“Dari mana duit itu datang? Mereka bawa barang isi rumah seperti bantal dan tilam yang tertera gambar Perdana Menteri Najib Razak dalam kontena-kontena besar.

“Sumbangan seperti itu seharusnya diserahkan kepada Jabatan Kebajikan,” kata Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya itu, lapor Malaysiakini.

Seberang Perai baru-baru ini menerima 40 buah kontena daripada KP1M yang mengandungi antaranya tilam, bantal, selimut, susu bayi, makanan, dan khemah.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70773

Posted by on Nov 14 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE