Afif tolak cadangan kembalikan sekatan PTPTN

Exco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin membidas cadangan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Wan Saiful Wan Jan untuk mengembalikan sekatan ke luar negara terhadap peminjam yang ingkar.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya itu menyifatkan cadangan tersebut sebagai mengkhianati perjuangan Pakatan Harapan sebelum pilihan raya umum (PRU) lalu.

“Hanya dengan mempunyai niat untuk mengembalikan amalan tersebut umpama mengkhianati perjuangan awal pemuda-pemudi Pakatan Harapan.

“Saya berpendapat jika saudara Wan Saiful tidak mampu mempertahankan janji Pakatan Harapan, adalah kena pada masanya beliau memikirkan posisi beliau di dalam PTPTN sebagai pengerusi badan tersebut,” katanya.

Terdahulu, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menjelaskan bahawa cadangan untuk mengembalikan sekatan itu bukan dari PTPTN.

Sebaliknya, jelas Maszlee, ia dikemukakan dalam proses rundingan awam.

Bagaimanapun, Afif berkata, Wan Saiful tidak seharusnya mempertimbangkan pun cadangan itu.

“Saya ingin ingatkan saudara Wan Saiful bahawa isu PTPTN ini menjadi “rallying cry” bagi Pemuda Harapan di mana kami sebelum PRU ke-14 dahulu telah menggerakkan pemuda dan pemudi seluruh negara agar PTPTN mencari satu formula yang lebih berkesan untuk masa akan datang.

“Ia juga menjadi salah satu faktor penentu pemuda dan pemudi di negara ini mengubah sokongan mereka kepada Pakatan Harapan dan lantas menumbangkan rejim kleptokrat BN pada pilihan raya yang lalu,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73484

Posted by on May 17 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE