Agenda Reformasi keutamaan Putrajaya – TPM

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Putrajaya kini mahu menumpukan usaha untuk melaksanakan agenda reformasi dalam pentadbiran.

Menurutnya, langkah menjadikan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri kelak adalah sebahagian daripada agenda tersebut.

“Apa yang kita mahu ialah kerajaan (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad berjalan dengan lancar, dapat membawa perubahan yang kami mahukan.

“Terutamanya agenda reformasi, itu yang akan kita utamakan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Anwar di Hospital Pemulihan Cheras, di ibu negara hari ini.

Wan Azizah yang juga presiden KEADILAN dipetik berkata bahawa Anwar tidak akan dilantik menjadi perdana menteri secara “terburu-buru”.

“Semua ini adalah sebahagian daripada apa yang kami rancangkan,” katanya, lapor Malaysiakini.

Anwar dijangka dibebaskan daripada penjara esok.

Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia yang baharu, Tun Dr Mahathir Mohamad berjanji untuk membenarkan Anwar menggantikannya selepas dua tahun.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71763

Posted by on May 15 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE