Agihan kerusi Selangor lancar – Azmin

Timbalan Presiden KEADILAN Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjelaskan bahawa rundingan pengagihan kerusi di Selangor berjalan lancar.

Ia sekaligus memadamkan anggapan yang gabungan Pakatan Harapan kini berdepan masalah dalam proses tersebut.

“Saya tidak faham apa yang dimaksudkan bahawa kami berdepan masalah.

“Sebenarnya, proses pembahagian itu berjalan dengan baik dan akan dimuktamadkan dalam tempoh terdekat,” katanya yang juga merupakan menteri besar Selangor sementara, lapor Malaysiakini.

Beliau bercakap kepada pemberita pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di Dewan Sri Cempaka, Saujana Impian Kajang, petang ini.

Sebelum ini Ahli Parlimen sementara Shah Alam, Khalid Samad mendakwa Harapan berdepan cabaran dalam memuktamadkan pembahagian kerusi negeri itu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71604

Posted by on Apr 12 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE