Agong sambut baik dasar luar Malaysia baharu

Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam titah baginda optimis kerangka dasar luar Malaysia baharu mampu mempertingkatkan hubungan baik dengan negara-negara di seluruh dunia.

Pada hemah baginda, dasar luar ini bukan hanya memfokuskan ekonomi namun ia meletakkan Malaysia sebagai ‘orang tengah’ dalam membantu negara-negara Islam.

“Beta menyambut baik usaha kerajaan memperkenalkan kerangka dasar luar Malaysia baharu dan inisiatif-inisiatif untuk terus memelihara dan mempertingkat hubungan baik dengan negara-negara di seluruh dunia tanpa kompromi terhadap isu-isu kedaulatan negara.

“Beta juga menyokong dasar luar negra yang terus memperjuangkan golongan yang ditindas di seluruh dunia,” titah baginda sewaktu merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-14 hari ini.

Ucapan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-73 pada 29 September 2018 sebelum ini diluluskan Dewan Rakyat sebagai kerangka dasar luar Malaysia baharu.

Kerangka itu antara lain menggariskan pemerkasaan Kementerian Luar Negara, mengukuhkan kerjasama antara agensi-agensi kerajaan, dan akhir sekali, meningkat penglibatan rakyat dalam proses pembuatan keputusan dasar luar negara.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73075

Posted by on Mar 11 2019. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE