Agrobank perlu ringankan beban petani – Anwar

Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Agrobank agar meringankan beban petani dan nelayan yang menjadi pelanggan mereka dengan mengenakan caj perkhidmatan yang rendah.

Anggota Parlimen Port Dickson itu mencadangkan agar caj perkhidmatan pinjaman di antara satu hingga dua peratus sahaja.

“Saya fikir untuk mengenakan faedah empat peratus tidak munasabah, ia patut kembali kepada wang perkhidmatan yang pernah kita perkenalkan dulu iaitu satu hingga dua peratus.

“Hanya kos perkhidmatan kerana dana untuk membantu petani dan nelayan miskin tidak boleh dikenakan faedah seperti mana pengurusan.

“Walaupun faedah itu relatif lebih rendah, tetapi ia membebankan peminjam,” katanya sewaktu membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat semalam.

Hujung 2018 Anwar menggesa kerajaan untuk terus membantu golongan petani, nelayan, peladang dan pekebun kecil susulan pemotongan beberapa insentif buat golongan ini ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 di Dewan Rakyat.

Gesaan Anwar itu dipuji dan disambut Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang memberi jaminan petani, peladang dan nelayan tulen akan mendapat bantuan kerajaan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73126

Posted by on Mar 19 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE