Aktivis Reformasi Raja Komando meninggal dunia

Aktivis Reformasi Raja Komando atau nama sebenarnya Raja Kamaruddin Raja Wahid meninggal dunia jam 1 tengahari semalam di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari turut merakamkan ucapan takziah ke atas perkahabaran sedih itu.

“Menerima perkhabaran dukacita Raja Kamaruddin atau dikenali sebagai Raja Komando telah meninggal dunia pagi ini.

“Allahyarham merupakan antara penggerak utama era Reformasi 1998 yang banyak berkongsi nasihat serta pengalaman. 

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” katanya.

Allahyarham yang aktif dalam gerakan Reformasi sejak 1998 lagi pernah bertanding di Parlimen Kuala Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-11 tahun 2004.

Beliau juga aktif dalam Kelab Bekas Komando Malaysia dan Persatuan Melayu Bugis Sepang.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72865

Posted by on Jan 29 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE