Amanat Anwar menjelang Konvensyen Pakatan Harapan

Menjelang Konvensyen Pakatan Harapan pada hujung minggu ini, Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai satu mesej penting – kekalkan semangat musyawarah dan muafakat dalam mengangkat suara rakyat.

Dalam kenyataan medianya, tokoh Reformasi itu mengingatkan parti-parti di dalam Harapan bahawa tunjang sebenar gabungan itu adalah ‘suara rakyat’.

“Saya gesa semangat permuafakatan segera dipahat dalam wadah Pakatan Harapan dengan mengenepikan kenyataan melampau dan terlanjur.

“Prinsip luhur inilah yang yang perlu dahulukan, manakala permasalahan lain yang tidak asasi atau mendesak dirungkai secara musyawarah.

“Pakatan Harapan memang bertunjangkan empat parti tetapi kekuatannya adalah suara rakyat terbanyak.

“Maka sewajarnya dikekalkan tradisi berunding dengan NGO dan aktivis masyarakat,” kenyataan Anwar dipetik.

Menurut Anwar, kesepakatan ini perlu dilanjutkan kerana muafakat “di kalangan tokoh, wadah dan kecenderungan yang berbeda” selama ini “telah mengejutkan pemerhati politik”.

“Ini berlaku kerana tumpuan utama kita adalah kepentingan dan kemaslahatan rakyat.

“Dan keyakinan kita menggendong agenda perubahan demi menyelamatkan negara dari kebobrokan akibat keangkuhan kuasa, merebaknya rasuah dan kronisme, serta apa yang diungkapkan sebagai pembolotan dan ketamakan kleptokrasi,” kata Anwar.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71291

Posted by on Jan 4 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE