Amaran Fahmi: Jangan derhaka dalam berkempen

Tindakan PAS mempersoalkan kelayakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson dengan mereka cerita mendakwa beliau tidak mendapat pengampunan penuh akan menjadi sembah derhaka kepada titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Pengarah Komunikasi Strategik KEADILAN Fahmi Fadzil mengeluarkan amaran itu pada sidang akhbar harian Harapan di Port Dickson.

“Jangan pertikai titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan hak baginda di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk memberi pengampunan kecuali mereka hendak sembah derhaka.

“Maka sesiapa yang mempertikai isu ini sebenarnya mempertikai kedudukan Yang di-Pertuan Agong untuk mengurniakan pengampunan penuh seperti baginda telah titahkan,” kata ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

PAS cuba mendakwa Anwar tidak layak bertanding atas dakwaan kononnya Istana Negara cuma mengurniakan Anwar “pembebasan penuh” dan bukan “pengampunan bebas.”

Dakwaan itu dibuat selepas PAS sebelum ini mengubah pendiriannya untuk tidak bertanding dalam PRK tersebut.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72407

Posted by on Oct 9 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE