Amaran Fuziah: Lynas perlu selesaikan sisa buangan

Kilang pemprosesan nadir bumi, Lynas (Malaysia) Sdn Bhd (Lynas) wajib menguruskan sisa buangannya di Gebeng, Kuantan walaupun ia memindahkan operasinya ke negara lain.

Pengerusi Pakatan Harapan Pahang, Fuziah Salleh berkata, Lynas juga perlu bertanggungjawab terhadap nasib pekerja mereka dan mematuhi hak yang dijamin di bawah undang-undang buruh jika mereka menghentikan operasi di Malaysia.

“Lynas wajib menyelesaikan masalah sisa buangan di Gebeng walaupun sekiranya mereka berpindah. Itu adalah tanggungjawab mereka. Keluar dari Malaysia tidak bermakna tidak perlu menyelesaikan masalah sisa buangan yang banyak di sini.

“Mereka boleh keluar tetapi mesti bertanggungjawab ke atas pekerja dan sisa buangan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anggota Parlimen Kuantan itu berkata demikian mengulas laporan berita tentang Lynas Corp yang menandatangani memorandum persefahaman dengan Blue Line Corp di Texas, Amerika Syarikat untuk membina kilang baru di negara itu.

Tindakan itu didakwa diambil kerana Malaysia yang mengarahkan Lynas untuk mengeluarkan sisa buangannya sebelum dibenarkan memperbaharui lesen operasinya yang tamat pada 2 September ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73488

Posted by on May 20 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE