Amaran keras kepada organisasi guna nama TPM tanpa izin

Pejabat timbalan perdana menteri hari ini mengeluarkan amaran keras terhadap penganjur majlis pelancaran projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi “Enhanced Malaysia International Internet Gateway” (EM-IIG) yang memetik nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tanpa kebenarannya.

Dalam satu kenyataan hari ini, pejabat TPM berkata laporan berita yang memetik ucapan Dr Wan Azizah berkaitan projek itu adalah tidak benar.

“Teks ucapan yang dibaca pada pelancaran projek ini tidak pernah diluluskan oleh timbalan perdana menteri ataupun pejabat timbalan perdana menteri.

“Timbalan perdana menteri juga tidak mewakilkan kepada sesiapa untuk membaca teks ucapan beliau pada majlis tersebut.

“Datuk Seri Dr Wan Azizah tidak pernah sama sekali berkata bahawa kerajaan akan memberi kerjasama penuh kepada pelaksanaan projek EM-IIG,” kenyataan pejabat TPM dipetik.

Pejabat TPM berkata menggunakan nama timbalan perdana menteri tanpa kebenaran adalah perkara yang serius.

“Amaran diberikan kepada semua organisasi supaya tidak menggunakan atau mengedarkan bahan seperti teks ucapan yang menggunakan nama timbalan perdana menteri tanpa kebenaran.

“Tindakan tegas akan diambil jika situasi seperti ini berulang,” kenyataan itu dipetik.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72831

Posted by on Jan 22 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE