Amaran keras TPM berkenaan kematian Orang Asli

Timbalan Perdana, Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberi amaran keras akan bertindak jika kematian Orang Asli di Kampung Kuala Koh, Gua Musang berpunca daripada pencemaran sumber air.

“Dakwaan bahawa kematian disebabkan oleh pencemaran kolam sumber air Orang Asli akan disiasat dengan teliti.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat jika mendapati kematian disebabkan oleh pencemaran sumber air Orang Asli,” katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya lagi, kerajaan akan memantau kegiatan perlombongan dan pembalakan di kawasan berhampiran Gua Musang bagi memastikan ia mematuhi prosedur yang ditetapkan.

“Kerajaan juga akan mengkaji dasar alam sekitar berkenaan pembalakan dan perlombongan, terutama berkaitan masalah yang dihadapi Orang Asli.

“Penguatkuasaan yang lebih ketat dan dasar pencegahan adalah beberapa langkah yang akan diambil perhatian,” katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy yang ke Gua Musang semalam mengesahkan 14 penduduk mati sejak bulan lalu.

Memetik laporan Astro Awani, penghulu Kampung Kuala Koh Mamat Pokok berkata penduduk mula diserang penyakit sejak Ramadan dan mengesyaki ia berpunca daripada pencemaran sumber air.

Menyambut kenyataan Wan Azizah, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan Senator Husan Musa mendesak agar satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji “semua aspek dan segala kemungkinan” berkenaan masalah itu.

“Saya berharap semua pihak termasuk kerajaan negeri bekerjasama mencari punca sebenar kejadian dan jumlah kematian yang besar dalam masa singkat, tanpa melindungi apa-apa,” katanya menerusi Facebook semalam.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73557

Posted by on Jun 10 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE