AMK gerakkan anggota turun Padang Merbok 22 Jun

(Azuan Ab Rahman)

KUALA LUMPUR, 13  JUN: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) kini memasuki fasa terakhir mobilisasi menjelang kemuncak himpunan Black 505 yang diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur, 22 Jun ini.

“AMK telah bersedia sepenuhnya. Kini dalam proses akhir mobilisasi untuk himpunan itu,” kata ketua AMK Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin.Shamsul-AMK2

Beliau yang juga ahli parlimen Bukit Katil berkata, tumpuan jentera AMK fokus kepada anggota KEADILAN dan seramai mungkin anak muda selain penyokong Pakatan Rakyat.

“Kali ini kita lebih menumpukan kerja peringkat negeri untuk menggerakkan seberapa ramai ahli AMK untuk turun ke himpunan kemuncak 505 pada 22 Jun nanti,” katanya kepada Keadilandaily.

Siri jelajah Black 505 selepas pelancarannya di himpunan ‘Suara Rakyat 505′ 25 Jun lalu di Amcorp Mall kini memasuki pusingan akhir.

AMKSelepas himpunan pertama di Kangar, Perlis 10 Jun lalu, jelajah diteruskan di Sungai Petani, Kedah pada 11 Jun dan Ketereh, Kelantan (12 Jun) yang mencatatkan kebanjiran puluhan ribu rakyat hadirin.

Jelajah ‘Black 505′ akan diteruskan lagi ke lokasinya yang keempat di Parit Raja, Batu Pahat, Johor pada hari Ahad, 16 Jun ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=53368

Posted by on Jun 13 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google