AMK ikrar tarik lebih ramai orang muda undi Harapan

Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Dr Afif Bahardin berikrar menarik lebih ramai golongan muda untuk  mendaftar mengundi bagi membawa Malaysia ke landasan yang betul.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kaji selidik Merdeka Centre yang mendapati bahawa lebih ramai golongan muda tidak setuju dengan pendekatan yang dilakukan oleh kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) ketika ini.

“Memang kita mengharapkan lebih ramai untuk daftar mengundi, tambahan pula sekarang ini, kita pun tak tahu bila pilihanraya. Jadi langkahnya adalah daftar dan pastinya bila pilihanraya nanti undi Pakatan Harapan.

“Ini sebab semua setuju sekarang ini perlu ada perubahan tetapi kita tidak nampak kerajaan Umno BN ada kemahuan politik untuk lakukan apa-apa perubahan untuk selamatkan negara kita sekarang,” katanya.

Menurut tinjauan bertajuk “Persepsi Anak Muda Mengenai Ekonomi, Kepimpinan dan Isu Semasa”, 57 peratus daripada 604 responden yang ditemubual badan kaji selidik Merdeka Center, berpendapat negara sedang menuju ke arah negara gagal.

Kira-kira 49 peratus daripada mereka yang menganggap demikian memberikan ekonomi sebagai alasan, diikuti isu politik, kepimpinan dan rasuah.

Dalam pada itu, Dr Afif juga berkata, di peringkat AMK Pusat dan seluruh cabang KEADILAN sedang giat menjalankan kempen daftar pengundi dan beberapa program dilaksanakan bagi menarik minat golongan muda terhadap Pakatan Harapan.

“Di peringkat AMK dan semua cabang-cabang memang kita tingkatkan kempen daftar mengundi ini giat dilakukan. Kita bukan sahaja bergerak sebagai parti tetapi kita bergerak bersama NGO-NGO untuk mendaftar pengundi dan itu memang berjalan.

“Dan dalam masa sama kita juga menjalankan program penerangan kepada rakyat dan beberapa penerangan ini kita datangkan dengan dasar dan polisi yang kita ketengahkan untuk bawa Malaysia ke landasan yang betul.

“Ia termasuk tawaran-tawaran dari pemuda Pakatan Harapan akan terus didebatkan dan diperhalusi untuk rakyat faham dan pengundi muda akan lebih tertarik untuk mengundi Pakatan Harapan,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70542

Posted by on Sep 21 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE