PRK Rantau: Akar umbi PAS bersama prinsip Nik Aziz tolak Umno

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Syed Badli Shah Syed Osman menyifatkan kerjasama Umno-PAS hanya menjadikan PAS sebagai alat untuk Umno-BN menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau.

“Akar umbi PAS yang sekian lama mendukung prinsip perjuangan menolak kebobrokan Umno dan BN kini berada dalam keadaan keliru dan tertekan dengan kehendak pimpinan mereka yang mahukan kerjasama politik bersama Umno.

“Sedangkan prinsip yang dipegang oleh akar umbi PAS sekian lama adalah menolak Umno.

“Umno kini berada dalam keadaan yang amat terdesak sehingga terpaksa memperalatkan PAS dengan dakyah penyatuan Melayu demi mengukuhkan kembali kedudukan Umno yang sedang nazak,” kenyataan media Syed Badli dipetik.

Tambahnya, beliau yakin PAS bakal menolak Umno pada PRK Rantau.

Undi protes terhadap pemangku Presiden Umno, Mohamad Hasan bakal dilakukan oleh penyokong akar umbi PAS.

“Saya yakin akar umbi PAS khususnya di Rantau akan menolak Umno sebagai tanda protes terhadap kerjasama Umno PAS.

“Perkara ini berikutan sokongan akar umbi PAS terhadap parti itu dijangka akan beralih arah kepada undi protes berikutan hubungan mesra pimpinan PAS bersama Umno,” jelasnya.

Pada pilihan raya umum lalu, Mohamad diisytiharkan menang tanpa bertanding selepas Suruhanjaya Pilihan Raya menghalang calon KEADILAN, Dr S Streram, daripada mengemukakan kertas pencalonannya.

Streram kemudiannya memfailkan petisyen pilihan raya dan mahkamah memerintahkan supaya pilihan raya kecil diadakan. 

Pakatan Harapan sekali lagi akan mencalonkannya di kerusi itu pada pilihan raya 13 April nanti.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73100

Posted by on Mar 15 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE