AMK sokong Anwar bertanding presiden parti

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) ingin melihat ikon Reformasi berharap Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding bagi jawatan presiden dalam pemilihan parti nanti.

Ketuanya Nik Nazmi Nik Ahmad yakin Anwar akan berada pada posisi yang lebih baik untuk memimpin parti dengan dokongan golongan muda.

“Selepas 20 tahun reformasi, KEADILAN dan pemilihan (parti) 2018 mempunyai peluang luar biasa dan bersejarah untuk menjadi parti progresif dan berbilang kaum yang paling berjaya di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya lagi, ia juga akan memberi jaminan kepada orang ramai tentang pembentukan ‘Malaysia Baru’.

Semalam, Presiden KEADILAN Datuk Seri Dr Wan Azizah menyatakan kesediaannya untuk berundur sebagai presiden jika Anwar berhasrat untuk bertanding dalam pemilihan parti hujung Ogos ini.

Mengulas perkara itu, Nik Nazmi menyatakan penghargaan ke atas kesediaan Wan Azizah untuk melepaskan jawatan itu.

“Kami berterima kasih atas kesediaannya meletakkan kepentingan negara dan parti sebelum diri sendiri. Beliau telah melakar sejarah bukan saja sebagai timbalan perdana menteri pertama, tetapi perintis bagi wanita Malaysia dalam politik,” katanya yang juga anggota parlimen Titiwangsa.

Sebelum ini Anwar pernah dua kali cuba bertanding jawatan presiden namun terpaksa menarik diri ekoran kekangan undang-undang kerana pertuduhan Fitnah II.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71987

Posted by on Jul 9 2018. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE