AMK Wilayah cadang akta antidiskriminasi kaum

Ketua Pemuda AMK Wilayah Persekutuan, Na’im Brundage menggesa agar satu akta khusus digubal untuk menangani diskriminasi kaum.

Menurutnya, akta tersebut berupaya membantu perpaduan kaum yang merupakan faktor penting untuk negara mencapai status negara maju.

“Akta antidiskriminasi telah dilaksanakan di pelbagai negara maju seperti di Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Hong Kong, Netherlands, New Zealand, Poland, Rusia, United Kingdom, Amerika Syarikat.

“Ia wajar dipertimbangkan untuk dilaksanakan di negara ini asalkan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Akta Antidiskriminasi Kaum ini sememangnya tidak akan mampu untuk membanteras kesemua gejala diskriminasi kaum di Malaysia seperti yang telah diungkapkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

“Namun, ia adalah salah satu langkah kehadapan yang boleh dilaksanakan segera untuk menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan perpaduan kaum di negara ini terus terpelihara,” katanya dalam kenyataan.

Pakatan Harapan sebelum ini mengumumkan untuk menyemak semula Akta Keharmonian Nasional selepas mentadbir Putrajaya.

Akta tersebut didraf oleh rejim BN menerusi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (NUCC), selain RUU Kebencian Kaum dan Agama dan RUU Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof sebelum ini berkata kerajaan akan membentangkan Akta Antidiskriminasi, Akta Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional, serta Akta Kebencian Kaum dan Agama.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73880

Posted by on Aug 13 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE