AMK yakin Amanah, Bersatu mampu kekalkan Harapan di Selangor

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) yakin bahawa sekutu KEADILAN dalam Pakatan Harapan iaitu Parti Amanah Nasional (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mampu untuk menggantikan tempat PAS dalam kerajaan Selangor.

Keyakinan itu dizahirkan Penolong Setiausaha AMK, Syed Badli Shah Syed Osman sebagai menyahut pengumuman barisan kepimpinan Harapan peringkat Selangor yang diumumkan Menteri Besar merangkap Pengerusi Harapan Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam.

“Saya kira dengan adanya kerjasama kukuh antara KEADILAN, DAP, Amanah dan Bersatu dibawah panji Pakatan Harapan, undi PAS yang hilang itu dapat diganti dengan usaha kempen berterusan dari Amanah dan Bersatu.

“Seterusnya strategi ini dilihat mampu untuk memberi kelebihan kepada Harapan walaupun terpaksa bersaing sengit,” katanya.

Syed Badli turut membidas sikap PAS yang mendakwa partinya tetap menentang Umno BN tetapi pada masa sama tidak kisah dengan pertembungan tiga penjuru dalam polihan raya akan datang yang akan memberikan kelebihan kepada Umno.

“Semua parti yang tidak mahu bersama Harapan walaupun berikrar menentang Umno dan Barisan Nasional sebenarnya sedang berusaha untuk mengekalkan Umno dan Barisan Nasional.

“Justeru itu saya menyeru semua pihak untuk bersatu bersama Harapan untuk menggembling sepenuh usaha dan tenaga dalam memastikan Umno BN berjaya ditewaskan pada pilihan raya umum ke-14,” katanya.

Azmin semalam mengumumkan senarai kepimpinan Harapan Selangor dan melantik empat timbalan pengerusi yang terdiri daripada Tony Pua (DAP), Ir. Izham Hashim (Amanah), Datuk Abdul Rashid Asari (Bersatu) dan Sivarasa Rasiah (KEADILAN).

Selain Azmin dan Sivarasa, pemimpin KEADILAN dalam barisan baru itu ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin sebagai setiausaha dan ADUN Seri Andalas, Xavier Jeyakumar selaku pengarah pilihan raya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70487

Posted by on Sep 9 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE