Anak istimewa aktivis reformasi meninggal dunia

KAJANG 22 Dis: Salah seorang anak kepada aktivis reformasi, Mohd Affandi Ramli dan Raja Rohaisham Raja Muhaiddin, meninggal dunia pagi tadi.

Annisa Afendi, 10 yang mengalami kecacatan cerebral palsy (CP), menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 8.50 pagi di Hospital kajang.

Jenazah Annisa disolatkan diĀ  Masjid Jamek, Kajang dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan, selepas solat Zohor.

Annisa dan adiknya An Nur sering dibawa kedua ibu bapanya, menyertai siri-siri demontrasi menuntut hak rakyat. Gambar diambil ketika demontrasi anti tol di Puchong sekitar 2007.

Sebelum ini, kempen Hope 2 Walk, dilancarkan bagi memberi peluang kepada Annisa dan adiknya, An-Nur Affandi, 8 menikmati kehidupan yang lebih baik seperti kanak-kanak lain.

Hope 2 Walk dilancarkan untuk mengumpul dana bagi pembiayaan perubatan An-Nur dan Annisa yang mengalami CP atau Mitochondrial Disease.

Pembiayaan perubatan itu adalah bagi menampung perbelanjaan anaknya di hospital di China dan pendidikan khas di United Kingdom.

Kempen itu, yang disebarkan secara meluas di laman maya seperti Facebook dan twitter, turut mendapat perhatian pimpinan Pakatan Rakyat.

Semalam, isteri kepada Menteri Besar Selangor, Puan Seri Salbiah Tunut mewakili Pertubuhan Kebajikan Amal Wanita Selangor (Pekawanis)turut mengambil kesempatan menziarahi kedua anak istimewa itu, sebelum Annisa kembali menemui pencipta Nya pagi ini. Al Fatihah.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=24670

Posted by on Dec 22 2011. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE