Anak muda berkhemah di Padang Merbok hingga bos SPR letak jawatan

KUALA LUMPUR 22 Jun: Aktivis sosial, Hishamuddin Rais berkata, anak muda pada himpunan Black 505 di Padang Merbok hari ini akan berkhemah di kawasan itu sehingga pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan timbalannya meletak jawatan.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan puluhan ribu hadirin yang membanjiri lokasi itu petang ini.

Dalam pada itu, beberapa orang peserta dari kalangan aktivis SAMM, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan NGO Suara Rakyat 505 mendirikan lima buah khemah di bahagian tengah Padang Merbok.

Memetik Malaysiakini, jurucakap SMM, Ehsan Bukharee berkata, lebih banyak lagi khemah akan didirikan selepas ini.

Sementara itu, sedikit kekecohan berlaku apabila dua pegawai penguatkuasa DBKL tiba ke kawasan khemah yang didirikan dan meminta para peserta merobohkan struktur tersebut.

Tindakan kasar itu menyebabkan kira-kira 20 peserta yang tidak berpuas hati mengerumuni pegawai berkenaan, sebelum salah seorang daripadanya meninggalkan kawasan itu.

Namun rakannya membalas asakan peserta dan menolak salah seorang mereka sehingga terjatuh. Susulan itu, pegawai terbabit terpaksa diiring sekumpulan kira-kira 10 pegawai DBKL lain serta unit amal PAS ke sebuah van milik DBKL.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=53680

Posted by on Jun 22 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE