Ancaman boikot sawit tak jejas kelantangan suara Malaysia

Ancaman boikot terhadap kelapa sawit Malaysia oleh India tidak akan menghalang Malaysia daripada bersuara di peringkat antarabangsa, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali.

Bagaimanapun, katanya, Malaysia akan cermat bersuara bagi memastikan hubungan baik sedia ada antara dua negara berkekalan.

“Kita harus menanganinya dengan bijaksana supaya tak keruhkan lagi hubungan diplomatik antara kedua-dua negara ini.

“Tapi tak bermakna Malaysia tak boleh bersuara di pentas antarabangsa untuk isu-isu keadilan sejagat dan keharmonian dalam dunia pada hari ini,” katanya dalam ucapan penggulungannya di Parlimen semalam.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab ceahan Ahmad Hamzah (BN-Jasin) yang menggesa kerajaan agar memandang serius isu boikot tersebut.

India yang merupakan pengimport terbesar minyak sayuran dunia, bergantung kepada Malaysia dan Indonesia bagi mendapatkan bekalan minyak sawitnya.

India merupakan pembeli kedua terbesar minyak sawit Malaysia, dengan kira-kira 150,000 tan sebulan, dan pada tahun lepas, eksport minyak sawit Malaysia ke India bernilai USD$1.65 bilion.

Ancaman boikot itu hadir selepas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada 27 September dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Ke-74 di New York mengulas isu Jammu dan Kashmir.

Dalam ucapannya, Dr Mahathir dilaporkan berkata “walaupun ada resolusi mengenai Jammu dan Kashmir, negara itu sebaliknya terus ditawan dan diduduki” dan menggesa India untuk bekerjasama dengan Pakistan bagi menyelesaikan masalah itu.

Ucapannya mengundang kemarahan rakyat India di media sosial, dan ini disusuli dengan tindakan Kementerian Luar India pada 4 Oktober lepas yang menyuarakan bantahan terhadap kenyataan Dr Mahathir mengenai Kashmir.

Pada 5 Ogos lepas, kerajaan India bertindak memansuhkan status autonomi khas diperoleh Jammu dan Kashmir selain mengenakan sekatan keselamatan, termasuk memotong perkhidmatan internet dan talian telefon atas alasan mengelak berlakunya bantahan di kawasan terbabit.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74222

Posted by on Oct 31 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE