Angkasawan Rusia boleh mengundi di angkasa, rakyat Malaysia?

(Oleh: Norutul Ilham)

KUALA LUMPUR: Ketika dua angkasawan Russia mengundi di angkasa lepas, kerajaan Malaysia terus menghalang rakyat luar negara membuang undi, kata Jawatankuasa Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.

Walaupun agak janggal, namun tindakan kerajaan Rusia perlu dipuji kerana membenarkan dua rakyatnya mengundi di angkasa lepas, Maria Chin.

Kata beliau, tindakan telus kerajaan Rusia itu membuktikan negaranya mengamalkan sistem demokrasi tanpa membelakangi hak setiap rakyatnya.

“Memang tidak masuk akal, tetapi kerajaan yang tidak membenarkan rakyatnya berada di luar negara mengundi lagi tidak masul akal.

“Jauh sekali bezanya, dengan kerajaan Malaysia yang menghalang rakyatnya di luar negara mengundi. Inikan yang berada di angkasa lepas,” kata Maria kepada Suara Keadilan.

Justeru itu, beliau mendesak kerajaan supaya mengkaji semula perkara tersebut supaya rakyat Malaysia berada di luar negara boleh mengundi.

“Kerajaan Malaysia mesti memberi kebenaran rakyatnya mengundi, jangan halang hak rakyat.

“Mungkin kerajaan boleh menyediakan cara khas membolehkan mereka mengundi di luar negara,” ujarnya.

Terdahulu dilaporkan, dua angkasawan Rusia, Anton Shkaplerov, 32, dan Anatoly Ivanishin, 42, membuang undi bagi pilihan raya Parlimen Rusia dari angkasa kelmarin, lapor agensi berita Interfax.

Dua orang krew Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) itu membuang undi pada altitud 350 kilometer dari Bumi menggunakan talian ke pusat kawalan misi di Moscow.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=24182

Posted by on Dec 8 2011. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE