Anwar akan kembali ke Parlimen menerusi PRK PD

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kembali ke Dewan Rakyat menerusi kerusi Parlimen Port Dickson apabila penyandang, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengosongkan kerusi tersebut untuk satu pilihan raya kecil.

Pengumuman itu dibuat pada satu sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, Petaling Jaya hari ini.

“Selepas pimpinan tertinggi berbincang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah terima tawaran saya untuk bertanding di Parlimen Port Dickson. 

“Saya umumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen dan telah hantar surat kepada Yang Di Pertua Dewan Rakyat,” kata Danyal pada sidang media tersebut.

Danyal pada Pilihan Raya Umum ke-14 memenangi kerusi P132 itu apabila mendapat 36,225 undi dengan majoriti 17,110.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang mempengerusikan sidang media berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada rakan komponen parti dalam Pakatan Harapan, termasuk Pengerusi Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Penyertaan Anwar akan mengukuhkan Harapan dan akan lebih berperanan aktif.

“Beliau menyatakan akan memberikan tumpuan kepada reformasi Parlimen dan tidak memegang sebarang jawatan,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72300

Posted by on Sep 12 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE