Anwar: Ayuh turun Bersih 5, bantah kezaliman, kenaikan harga barang

KUALA LUMPUR 18 NOV: Ketua Umum KEADILAN, saudara Anwar Ibrahim mengulangi seruan supaya rakyat bangkit dan memberi sokongan penuh kepada Himpunan Bersih 5, dengan hadir membantah kezaliman, penipuan pilihan raya dan kenaikan harga barang.

Himpunan Bersih 5 akan diadakan esok, Sabtu, 19 November di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu.

AnwarDi Kuala Lumpur, peserta akan berhimpun di dua tempat pertemuan iaitu di Dataran Maybank di Jalan Bangsar dan Masjid Negara dan seterusnya akan mara dan berhimpun di Dataran Merdeka.

Perhimpunan tersebut dijadualkan bermula pada jam 10 pagi dan berlanjutan sehingga 6 petang.

“Beri sokongan penuh pada Bersih, hadir sepenuhnya, bantah kezaliman, bantah pilihan raya tipu, bantah kenaikan harga barang, sokong Bersih dan bantah semuanya,” seru Anwar sambil melaungkan ‘Reformasi’ di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini, semalam.

Anwar hadir memberi keterangan dalam kes membabitkan Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Md Akin yang didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana dituduh berhimpun secara tidak sah di masjid.

Dalam perkembangan berasingan, Mahkamah Tinggi pada semalam menetapkan 14 Februari tahun depan untuk mendengar permohonan semakan kehakiman difailkan Anwar dan keluarganya bagi mencabar keputusan Penjara Sungai Buloh tidak membenarkan sentuhan fizikal dengan ahli keluarga ketika lawatan di penjara itu.

Pada 3 November lepas, Anwar dan keluarganya memperoleh kebenaran dari mahkamah untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar keputusan berkenaan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=69694

Posted by on Nov 18 2016. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE