Anwar bakal dibebaskan serta-merta

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bersedia mengampunkan ikon Reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dipenjarakan, kata perdana menteri baharu Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, perkara itu dimaklumkan kepadanya dalam pertemuan dengan Seri Paduka semasa istiadat mengangkat sumpah jawatan perdana menteri di Istana Negara, Kuala Lumpur malam tadi.

Katanya lagi, prosedur selanjutnya akan disusuli selepas ini.

“Jadi kami akan melalui proses sewajarnyabagi memperoleh pengampunan buat Anwar,” katanya.

Pengampunan itu akan membolehkan Anwar yang mencetuskan kejatuhan rejim 20 tahun dahulu untuk kembali menyertai politik.

“Ia akan jadi pengampunan sepenuhnya, yang sudah bermaksud ia bukan sahaya diampunkan tetapi juga dibebaskan serta-merta selepas diampunkan.

“Selepas itu beliau bebas mengambil bahagian penuh dalam politik,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, lapor Malaysiakini.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana Fitnah II yang dicipta rejim Umno BN sebelum ini.

Anwar menafikan kesalahan itu dan mendakwa beliau menjadi mangsa konspirasi politik.

Beliau sepatutnya bebas 8 Jun ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71755

Posted by on May 11 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE