Anwar bakal jalani pembedahan bahu

Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibedah Ahad ini bagi merawat masalah bahunya.

Perkara itu diumumkan anak perempuannya, Nurul Nuha, Nurul Ilham dan Nurul Iman di rumah mereka di Segambut hari ini.

“Beliau akan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur esok 8 November untuk menjalani pembedahan pada 12 November merawat kecederaan di bahu kanan yang semakin teruk akibat kemalangan melibatkan kenderaan Jabatan Penjara,” kata Nurul Nuha pada sidang media petang ini.

Katanya lagi, pembedahan itu tidak boleh ditangguh lagi selepas kemalangan pada 22 September lalu memburukkan lagi masalah bahu bapa mereka itu.

Anwar yang juga Ketua Umum KEADILAN akan dimasukkan ke hospital esok untuk pemeriksaan prapembedahan.

Mereka menggesa kerajaan tidak campur tangan dalam proses rawatan dan mahu Anwar diberikan akses penuh kepada kemudahan pemulihan di hospital itu.

Mereka juga meminta kerajaan membenarkan kumpulan hak asasi manusia berjumpa Anwar sepanjang proses rawatan dan pemulihan.

Sebelum ini, konvoi kereta rombongan yang memindahkan Anwar dari Hospital Kuala Lumpur ke Penjara Sungai Buloh terlibat kemalangan jalan pada 22 September.

Beliau dalam perjalanan ke penjara selepas mengalami tekanan darah rendah pada 19 September.

Susulan kejadian itu, Pakatan Harapan menggesa Putrajaya agar menyiasat kemalangan jalan raya tersebut.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70749

Posted by on Nov 7 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE