Anwar bangga keberanian Rafizi bongkar penyelewengan

KUALA LUMPUR 18 NOV: Bekas Ketua Pembangkang, saudara Anwar Ibrahim berkata, tekanan yang diterima sesetengah pemimpin Pembangkang yang lantang bersuara membongkar penyelewengan dan salah guna kuasa adalah strategi pihak berkuasa untuk memenjarakan mereka.

AnwarKata Anwar, beliau begitu bangga dengan langkah yang diambil Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan isu rakyat termasuk penyelewengan 1MDB dan berharap Ahli Parlimen Pandan itu tidak mudah mengalah dan menyerah.

“Kita mesti pertahankan. Saya percaya Rafizi akan tetap bertegas meneruskan perjuangan dan saya bangga dengan keberanian dia, saya bangga dengan keputusan dia. Saya kesal dengan keputusan (ke atas Rafizi), menggunakan undang-undang dan perundangan mahkamah menekan suara rakyat.

“Hari ini Rafizi, Tian Chua, (N) Surendran, (R) Sivarasa semua satu persatu diberi tekanan,” katanya di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, semalam.

Anwar berkata demikian mengulas mengenai hukuman penjara 18 bulan yang dikenakan ke atas Rafizi baru-baru ini selepas didapati bersalah membocorkan maklumat berhubung laporan audit 1MDB.

Beliau hadir memberi keterangan dalam kes membabitkan Naib Presiden KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana dituduh berhimpun secara tidak sah di masjid.

Rafizi ditahan pada 5 April lalu di bangunan Parlimen, sebelum didakwa tiga hari kemudian atas pertuduhan memiliki tanpa kebenaran muka surat 98 daripada laporan audit 1MDB.

 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=69690

Posted by on Nov 18 2016. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE