Anwar bebas Rabu

Ikon Reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan dibebaskan petang esok selepas mendapat kelulusan Lembaga Pengampunan Diraja.

Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution, berkata Anwar dijangka akan dibebaskan dari Hospital Rehabilitasi Cheras, tempat beliau kini menjalani rawatan susulan pembedahan bahu.

“Kita difahamkan apabila Lembaga Pengampunan Diraja memberikan kelulusan, memperakukan syor kebebasan dan pengampunan penuh, pembebasan akan bermula ketika itu.

“Maksudnya bermula dari sinilah (hospital), dia akan dibawa keluar. Itu yang difahamkan. Dia boleh keluar dari sini.

“Kita jangkakan sebelah petang, sebelum kita berhimpun di Petaling Jaya (sebelah malam),” kata Saifuddin kepada media selepas melawat Anwar hari ini di hospital, lapor Malaysiakini.

KEADILAN sebelum ini mengumumkan akan mengadakan himpunan bermula pukul 5.30 petang di Padang Timur di Petaling Jaya bagi meraikan pembebasan Anwar.

Anwar dijangka memberikan ucapan pertamanya sejak tiga tahun pada pukul 11 malam dalam himpunan itu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71765

Posted by on May 15 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE