Anwar: Beri ruang polis selesaikan siasatan

Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim menggesa orang ramai memberikan ruang kepada polis untuk menyelesaikan siasatan mereka susulan penahanan dua orang pemimpin DAP atas dakwaan mempunyai kaitan dengan gerila Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

“Kita harus beri ruang pada polis. Masalah jenayah, masalah keganasan, sekiranya ada, polis tidak harus rasa tertekan dengan terlalu banyak gangguan.

“Sebab itu saya dalam kes penahanan ini serah pada budi bicara polis dan tentunya Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menanganinya,” kata Anwar kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Minggu lalu, polis menahan tujuh individu, termasuk Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, G Saminathan dan ADUN Seremban Jaya, P Gunasekara, atas dakwaan mempunyai hubungan dengan LTTE.

Anwar dalam reaksiya terhadap penahanan tersebut semalam berpendapat penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 – atau Sosma adalah terlalu keras.

Menjelaskan pandangan itu, Anwar berkata beliau mempersoalkan penggunaan SOSMA dan bukan penahanan dua ADUN itu.

“Yang saya komen tentang SOSMA itu kerana pendirian Parlimen tentang SOSMA selama ini itu soal yang lain.

“Oleh itu, saya tidak fikir wajar dipersoal proses siasatan yang dikendali oleh polis sekarang. Kita harus berikan ruang dan dukungan,” kata Anwar lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74131

Posted by on Oct 14 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE