Anwar berjaya dapatkan komitmen UK bantu siasatan 1MDB

Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mendapatkan komitmen United Kingdom membantu kerajaan Malaysia dalam siasatan ke atas 1MDB.

Menurut Anwar, negara itu juga bersetuju untuk menghantar balik sebarang aset berkaitan 1MDB yang disita mereka.

“Setiausaha Luar UK memberikan jaminan bahawa kerajaan UK akan menyokong siasatan berkaitan skandal rasuah 1MDB, termasuk memindahkan aset-aset berkaitan yang dirampas di UK,” kenyataan Anwar dipetik.

Komitmen untuk membantu siasatan itu diperolehi Anwar yang kini dalam rangka lawatan empat hari atas undangan bekas naib presiden Amerika Syarikat Al Gore.

Putrajaya pada 21 Mei menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat secara terperinci kes 1MDB.

Pasukan itu mempunyai wakil daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan beberapa orang peguam dengan kepakaran masing-masing.

Pasukan khas itu diketuai bersama oleh Tan Sri Abdul Gani Patail yang juga bekas peguam negara, Tan Sri Abu Kassim Mohamed (bekas ketua pesuruhjaya SPRM), Dato Seri Mohd Shukri Abdull (ketua pesuruhjaya SPRM) dan Datuk Abdul Hamid Bador (bekas pegawai kanan Cawangan Khas Bukit Aman).

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71874

Posted by on Jun 12 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE