Najib, Rais dicabar serah DNA bukti tak terlibat bunuh Altantuya, rogol amah

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Rais Yatim untuk menyerahkan DNA masing-masing bagi membuktikan mereka tidak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shariibu dan dakwaan merogol amah.

“Di Malaysia, kalau Umno buat demonstrasi, maka dibenarkan. Tapi soalnya, kalau nak bangkit soal tuntutan DNA, kenapa mereka tidak minta DNA Najib dalam kes pembunuhan Altantuya?

“Kenapa tak minta DNA Datuk Rais dalam dakwaan tuduhan rogol pembantu rumahnya?” soal Anwar pada sidang media di Parlimen, ketika menjawab soalan mengenai tindakan ahli Umno yang berdemonstrasi menuntut Ketua Umum KEADILAN itu menyerahkan sampel DNA.

Dalam kes Fitnah II, pendakwa raya hari ini membuat permohonan untuk mendapatkan sampel DNAnya, seolah-olah Anwar perlu membuktikan beliau tidak bersalah dan ia bertentangan dengan semangat undang-undang.

Pihak yang mendakwa seseorang melakukan jenayah perlu membuktikan tuduhan, bukan sebaliknya. Namun, jika amalan ‘terbalik’ itu digunakan terhadap Anwar, Najib dan Rais juga perlu membuktikan mereka tidak bersalah atas semua dakwaan, selama ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=8904

Posted by on Mar 14 2011. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE