Anwar cabar Umno: Kenapa gentar dengan gandingan Tun M-Anwar?

Mengapa Umno sangat takut apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad bergabung?

Itu soalan yang dilontarkan Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap parti yang paling lama berkuasa di Malaysia itu.

“Saya tidak tahu mengapa pimpinan UMNO menganggap kerjasama saya dan Tun Mahathir sebagai satu perkara yang janggal kerana kami telah bermusuhan begitu lama.

“Pernah saya jelaskan bahawa kesediaan Tun Mahathir menjalin persahabatan telah saya terima dengan baik dengan semangat bersilaturrahim.

“Saya musykil mengapa Umno begitu takut dengan gabungan Tun Mahathir dan Anwar,” katanya dalam kenyataan.

Ikon Reformasi itu yang akan dibebaskan dari penjara pada 8 Jun depan berkata beliau dan Mahathir sudah sebulat suara untuk menyelamatkan negara.

“Muafakat ini juga adalah kerana tekad kami bersama untuk menjana perubahan. Negara kini menjadikan rasuah dan penyalahgunaan kuasa sebagai budaya.

“Skandal skala besar saperti 1MDB dan Felda cuba dilindungi. Maka hanya dengan perubahan kuasa, negara dapat dikemudi berdasarkan Perlembagaan dan hukum,” katanya.

Anwar turut menyeru orang ramai agar bersama beliau dan Dr Mahathir untuk mencapai tujuan tersebut menerusi pilihan raya umum ke-14.

“PRU14 adalah kesempatan terbaik bagi rakyat menentukan masa depan negara menghentikan kezaliman dan membebaskan rakyat dari segala bentuk penindasan,” katanya.

Dr Mahathir dan Anwar adalah bekas perdana menteri dan timbalan perdana menteri sehingga 1998 apabila Mahathir memecat Anwar atas perseteruan politik.

Dalam pilihan raya kali ini, kedua-duanya kembali bergabung apabila Anwar melupakan kisah silam demi menyelamatkan Malaysia.

Dr Mahathir kini merupakan calon perdana menteri Pakatan Harapan dan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah adalah calon timbalan perdana menteri.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71602

Posted by on Apr 12 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE