Anwar dapat perakuan bekas MB Negeri Sembilan

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson mendapat perakuan daripada bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Rais Yatim.

Rais yang kini merupakan pengerusi BERSATU Negeri Sembilan berkata kelayakan Anwar untuk bertanding dalam PRK itu tidak perlu lagi dipertikaikan seperti dilakukan PAS.

“PAS pun ada mengkritik, kononya Anwar ini nak dicabar kelayakkan. Tapi saya tak payah sebut siapalah yang menyebut perkara ini.

“Dia macam mahir benar undang-undang, tapi saya yakin dia mungkin mahir dari segi undang-undang, tapi bila bicarakan satu persatu akan kalah.

“Dia lupa, di bawah Perkara 42 Perlembagaan Malaysia, yang diperlukan cuma pengampunan penuh dan apabila dikatakan pengampunan penuh 42 perlembagaan kita, selesai semua,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pemimpin Bersama Pesara di Taman Intan Perdana, Port Dickson, malam tadi lapor Malaysiakini.

Mengulas lanjut, Rais menegaskan Anwar kini ibarat kain putih selepas mendapat pengampunan Yang di-Pertuan Agong atas fitnah yang menyebabkan beliau dipenjarakan dahulu.

“Tak ada lagi salah Anwar, kain dibandingkan kain dengan guni, beliau menjadi kain putih sekarang ini,” tegasnya.

Rais, yang juga bekas penasihat sosiobudaya kerajaan ketika pentadbiran BN menjadi menteri besar Negeri Sembilan pada 1978 hingga 1982.

Anwar dicabar enam orang calon lain yang terdiri daripada seorang calon PAS dan lima calon bebas dalam PRK PD yang jatuh pada 13 Oktober.

PRK ini akan membuka laluan untuk Anwar kembali aktif berpolitik selepas mendapat pengampunan diraja bagi Fitnah II terhadapnya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72415

Posted by on Oct 11 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE