Anwar: Defisit Belanjawan tak jejas pembangunan

Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa defisit dalam Belanjawan 2019 meningkat kerana kerajaan mementingkan perbelanjaan pembangunan untuk orang ramai.

Menurut ahli Parlimen Port Dickson itu, kerajaan boleh sahaja mengurangkan defisit secara mendadak namun ia pasti akan memberi kesan kepada pembangunan negara.

“Kita ada dasar untuk mengurangkan defisit secara bertahap, tetapi untuk mengurangkannya secara drastik bermaksud akan ada potongan dalam perbelanjaan pembangunan dan ia akan menyebabkan ekonomi lembap, kita tidak mahu keadaan itu.

“Sebab itu dasar kini adalah untuk mengurangkan defisit tanpa membenarkan pembangunan menjadi perlahan dan lembap,” katanya memetik wawancara beliau bersama Bloomberg.

Menurut Belanjawan 2019 yang dibentang Jumaat lalu, defisit yang pada adalnya diunjurkan pada kadar 2.8 peratus, kini dijangka mencapai 3.7 peratus pada untuk tahun ini.

Bagaimanapun kerajaan berharap dapat mengurangkannya kepada 3.4 peratus untuk tahun depan.

Sementara itu, Anwar turut menjelaskan bahawa beliau akan hanya menggantikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad apabila kedua-dua mereka bersedia untuk berbuat demikian.

“Bila saya menggantikannya? Saya fikir ketika kami berdua sedia. Mahathir berulang kali berkata beliau akan mematuhi persetujuan dan saya tiada masalah dengan itu.

“Biasanya saya tidak layan soalan seperti ini kerana saya mahu memberi sokongan dan kebebasan penuh kepadanya untuk melakukan perkara tanpa memikirkan bila masa beliau perlu berundur,” kata Anwar.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72511

Posted by on Nov 7 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE